Ucapan Tahun Baru 2016 Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud – Pengerusi Destini Berhad

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk memberi ucapan tahun baru kepada semua warga Destini. Seperti yang anda ketahui, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Destini sejak Mei 2015, dan bagi saya ianya merupakan satu pengalaman yang menarik dalam mengenali setiap keluarga besar Destini.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada setiap warga Destini yang menyumbang dalam mempelbagaikan perniagaan di persada global dan sekali gus menambahbaik kemahiran dan pengalaman kumpulan Destini.

Kita sedang bersaing dalam gelanggang global yang semakin mencabar dan kita bukan sahaja perlu menerima tetapi juga mengambil manfaat dari perbezaan yang wujud diantara satu sama lain untuk memantapkan Destini sebagai satu organisasi yang unik dan digeruni.

Saya yakin ianya bukan hanya usaha individu, tetapi merupakan satu usahasama kolektif.

2015 merupakan tahun yang mencabar bagi semua perniagaan di peringkat global kerana perlu menghadapi penurunan harga komoditi, susut nilai mata wang dan ketidaktentuan pasaran kewangan.

Didalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang, masih terdapat banyak peluang untuk pembaharuan dan transformasi. Oleh itu, dalam persekitaran masa kini yang mencabar, kita perlu memposisikan diri kita untuk pertumbuhan masa depan Destini.

Di bawah teraju kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato Rozabil, Destini telah memulakan inisiatif strategik yang akan memperkukuhkan  kompetensi teras Kumpulan yang melibatkan semua operasi perniagaan Destini.

Inisiatif-inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada Kumpulan untuk mencari kelebihan dalam menangani cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang tersedia pada masa hadapan.

Berlandaskan kejayaan ini, kita juga akan menyaksikan pelbagai perkara menarik untuk tahun-tahun yang mendatang.

Tahun 2015 juga menyaksikan kemasukan Kementerian Kewangan Berhad sebagai pemegang saham utama Destini.  Kami mengalu-alukan sokongan mereka dan akan terus berusaha keras untuk memberi pulangan yang lumayan kepada pemegang saham.

Saya melangkah ke tahun 2016 dengan harapan yang tinggi dan ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga Destini serta keluarga. Marilah kita sama-sama bekerja dengan penuh keyakinan, bertanggungjawab serta semangat berkerjasama di dalam menuju dan membentuk KECEMERLANGAN DESTINI!

Source : Destini Berhad

Search