Lima syarikat sertai DSA 2016

LANGKAWI 19 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin hari ini
menerima kontrak penyertaan daripada lima buah syarikat untuk menyertai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016.

Menurut DSA dalam satu kenyataan, lima syarikat yang akan menyertai pameran
pertahanan dan keselamatan terbesar di Asia itu adalah AVP Engineering Malaysia
Sdn. Bhd., Sapura Secured Technologies, Destini Bhd., Weststar Group of Companies
dan SME Ordnance Sdn. Bhd.

Kontrak berkenaan diserahkan bersama perjanjian penajaan untuk pertandingan golf kepada Hishammuddin dalam sebuah majlis khas di tapak pameran DSA di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) di sini.

“Penajaan dan penyertaan yang ditandatangani daripada lima syarikat tersebut melibatkan sejumlah 1,300 meter persegi ruang pameran.

“Setakat ini, 70 peratus daripada jumlah ruang pameran telah dibeli oleh 700 buah syarikat,” ujar kenyataan tersebut.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin. Menurut kenyataan itu, pameran kelima terbesar di dunia itu bakal menyaksikan
satu kejayaan baharu kepada negara.

“Acara itu akan mempamerkan perkhidmatan serta teknologi keselamatan dan pertahanan yang canggih dari seluruh dunia.

“Acara kemuncak DSA 2016 termasuk Perbincangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat, Persidangan Keselamatan Siber, Bantuan Kemanusiaan dan Bencana, ASEAN Hall, mesyuarat perniagaan kepada perniagaan, perubatan tempur, pusat inovasi, pesawat udara tanpa pemandu dan demonstrasi robot tempur,” ujar kenyataan tersebut.

Source : Utusan Malaysia

Other News

Destini 3Q Net Profit Surges 79% Published : November 30, 2017

Sea of career opportunities Published : November 29, 2017

Destini to buy 70pc Stake in AMS Published : November 28, 2017

Destini MRO Published : April 20, 2017

Search