APMM akan terima 6 kapal ronda baharu

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memiliki enam buah kapal ronda berukuran 44.25 meter bagi melengkapkan aset maritim berteknologi tinggi dan meningkatkan tahap keselamatan negara.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, berdasarkan kontrak, sebanyak enam buah kapal ronda akan dibina oleh Kumpulan Destini dengan syarikat Destini Ship Building and Engineering diberi tanggungjawab untuk mengurus dan

mentadbir projek tersebut.

“Kesemua enam buah kapal ronda akan diserahkan kepada APMM secara berperingkat bermula akhir Disember tahun depan hingga Jun 2018,” katanya ketika berucap pada majlis Keel Laying di sini sebentar tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

KOSMO Online
18/11/2015 12:25pm

Source : Kosmo

Search